Jumaat, 4 Mac 2011

Bot Fibreglas

Syukur Alhamdulilah pertengahan bulan Feb 2011 bot yang ditempah daripada Emas Marine KK..Selamat Berlabuh di Sungai Benoni.




Test Power....Orang kuat Nelayan Papar..


Pengantian daripada bot kayu kepada fibreglass sepenuhnya..



Perahu sudah siap....Tapi macam mana mau bawa?...Mau bawa ikut laut ka? atau Ikut lori...




Ini barulah..enjin Yamaha 250HP x 250HP..Nda tauLah bila boleh dapat....


Susah-susah mau fikir naik loriLah...


Terima kasih kepada Mr Benadick..sewa lori RM200..saman polis RMxx.xx..terlebih muatan..
Apa pun halangan dan rintangan Alhamdulilah sampai juga bot di jeti sungai Benoni..

Ribuan Terima Kasih Nelayan Papar Ucapkan Kepada :

Mr. Ag. Arsad@Basni
Mr.Ag.Tamam

Setelah sehari suntuk berkerja keras membawa bot tersebut daripada Tuaran ke Papar

Jumaat, 4 Februari 2011

Kolam Ternakan Ikan

Alhamdulilah Pada 2.02.2011 siap sebuah kolam ikan di korek yang berkeluasan lebih kurang 30'x30' dengan kos RM 300.


Sebuah parit terpaksa dilencongkan, harap-harap tidak menghakis tembok kolam, kalau tidak...masaalah Ooo

Harta pusaka dari keturunan Datok..lepas ni mau buat pembahagian harta plak ni...


Laluan masuk menuju kolam & jeti


Pemandangan tapak projek


Parit besar menuju ke sungai.


Titian Kayu


Tapak Chalet

Sulap Perahu & sangkar ikan.


Kolam ikan air payau


Tapak Jeti lama

Langkah Pertama

Sulap yang boleh memuatkan 8 orang dan berhadapan dengan sungai Benoni. Diperbuat daripada kayu dan uniknya sulap ini ialah banyak menggunakan ikatan-ikatan tali bagi  menggantikan paku....Ala-ala Bagang gituuu... 

Tapak Restoran Nelayan Papar.

Tapak Chalet yang Berasaskan bambu..boleh memuatkan 2 buah chalet..


Tapak taman pertanian..


Toki Nelayan Papar..Memantau perlaksanan dan perjalanan nelayan papar.


Selesai sudah gotong-royong


Bersih ...dulunya semak semun tempat kubu kuat penyangat....


Tinggal sedikit jeti Lama...yang lainnya habis diroboh...bagi laluan untuk nelayan papar membangun...

Aidie ...Orang Kuat Nelayan Papar...

Jumaat, 31 Disember 2010

Lawatan Ketapak Projek

Asalnya sebuah pangkalan kecil bagi menyimpan perahu dan peralatan menangkap ikan..Tempat ini terletak
4 km dari pekan Papar. mempunyai pemandagan yang sunguh cantik terutamanya pada waktu petang


Pembinaan belum lagi bermula,,,


Jalan menuju ke Jeti


Laluan ke tapak projek.

Pembuatan Perahu Kayu di Maine- Dunia Kita "Ep. Transportasi" 10/1

Rabu, 29 Disember 2010

Plan asal Projek Jeti Gamok

Plan awal yang di bena oleh Aidie bagi menarik taraf jeti yang sedia ada sekarang. keluasan tanah dalam
 0.6 Ekar.

Plan yang sudah siap dibena dengan menampatkan pelbagai kemudahan asas seperti Chalet, restoran, jeti dan sebagainya dengan sebuah kolam ternakan ikan yang boleh memuatkan pelbagai jenis ikan.

Khamis, 23 Disember 2010

Pantai Manis

Ini pemandangan tahun lepas,,jeti dalam pembinaan yang terletak di Pantai Manis Papar, sekarang nadi utama bagi nelayan untuk pemungahan dan penjualan hasil tangkapan merika.


Dahulu seawal tahun 90han Pantai Manis memang terkenal di Sabah, sehingakan diwartakan sebagai taman negara...Pemandangan yang menarik, pantai yang bersih dilengkapi dengan pelbagai kemudahan..Tumpuan orang ramai ketika hujung minggu dan cuti sekolah..


 
 Tapi kini Pemandangan yang jauh berbeza dari 10 tahun yang lalu...pantai yang terbiar, kotor dan banyak berlaku hakisan pantai..

Baru-baru ini ada usaha-usaha yang dijalankan untuk mengurangkan punca masaalah iaitu hakisan pantai. sebuah tembok dibina sepanjang 1km..Hasilnya cukup baik, hakisan pantai semakin kurang dan anak-anak kayu mula ditanam. Kawasan sekitar pantai mula dibersihkan secara berjadual...

Semoga Usaha kerajaan untuk memulihkan semula Taman Negara ini akan terlaksana..sama-samalah kita membantu memulihara alam sekitar.

JANGAN CUBA-CUBA MEROSAKAN ALAM SEKITAR

Selasa, 21 Disember 2010

Jalan-Jalan Cari Idea

Perahu kayu diubah suai menjadi fiber glass,,,panjang perahu ni dalam 21'..umur dah lebih 10 tahun tapi dah tukar fiberglass ani,,boleh tahan 10 tahun lagilah..boleh lagi digunakan untuk memancing di bagang.



Perahu fiber glass sepenuhnya...panjang 15 kaki dengan kekuatan enjin 15hp..suzuki ..pernah mendaratkan layaran,,,memang sesuai memancing di tukun dan kawasan bagang..kebanyakan nelayan papar menggunakan bot jenis ini..bukan apa, tahan lasak dan mudah didapati. harga pasaran di sabah RM2800.00



Perahu Betapang,,,mempunyai penimbul kiri dan kanan untuk menyimbangkan perahu supaya tidak terbalik. Banyak digunakan di sekitar perairan sabah. boleh mennguakan pump air sebagai enjin..dan boleh menggunakan layar untuk bergerak..diperkenalkan oleh bajau laut yang berasal dari Filipina


 
Ini bukan perahu,,tapi kepala ikan paus yang berada di Muzium Jabatan Laut Labuan..kira anak ikan paus Laaa

Pikir-Pikir macam mana mau buat Blog Nelayan ani...

Dok pikir-pikir jumpa ini gambar...lama sudah ni gambar ku simpan,,,time bujang-bujang agi...



kalaulah dapat ku buat macam ani...mesti gempakkkk punyalah..


IniLah kerja awal pembinaan Jeti beliau mentu..boli-boli tahan juga penatnya..
siap pakai gubang lagi Oooo


Tu sebab kita orang mau buka Jeti Nelayan...pemandangan sungai OOooo  hebat...
Time pagi dan petang pemandangannya yang cantik sekali...

Perbincangan Projek Jeti

Tepat jam 7.00 pm dah ada mentua dan ipar di ruang tamu...dok selak-selak kertas kerja yang kami telah rancangkan. Alhamdulilah merika setuju benar dengan cadangan kami laki bini itu..

Sebenarnya memang pun baliau mentua punya rancangan dari dulu lagi..tapi tiada sokongan ...apa boli buat...

membuat lakaran jeti

jeti yang berkonsepkan perkampungan nelayan lama.